cukuplah merintih
kerana rintihan hanya
membuatkan kau cepat letih.
hidup sememangnya keras
untuk mereka yang malas,
tetapi pentas untuk sipemeras.
benarlah kuman di seberang
juga dipandang orang.
kudrat yang tumpah
dan semangat melimpah
tak mungkin kering
andai kau tidak mengalah.
dunia memang begitu.
seorang penyeluk kantung negara
lebih mulia daripada
seorang penjual air tebu.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
24 disember 2013
24 Disember 2013
19 Disember 2013
pagi yang dirai
menyingkap langsir pagi
ada senyum matahari.
unggas khusyuk berzikir
memuji kindahan alam.
pohon menggeliat kesejukan
mengharap selimut tiba.
bunga-bunga bertasbih
mohon cantik dan harum.
keriut gesel pagar
tanda manusia membuka mata.
sahrunizam abdul talib
bera,
19 disember 2013
ada senyum matahari.
unggas khusyuk berzikir
memuji kindahan alam.
pohon menggeliat kesejukan
mengharap selimut tiba.
bunga-bunga bertasbih
mohon cantik dan harum.
keriut gesel pagar
tanda manusia membuka mata.
sahrunizam abdul talib
bera,
19 disember 2013
03 Disember 2013
di negeri tengkujuh
di bumbung rumahku ada suara hujan
sesekali berbisik dan sesekali bertempik
langit bagai mata seekor harimau jantan
mengidamkan empuk tubuh manusia
matahari tewas dipukau awan hitam
sinarnya berbalam seperti wajah senja.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
03-disember-2013
sesekali berbisik dan sesekali bertempik
langit bagai mata seekor harimau jantan
mengidamkan empuk tubuh manusia
matahari tewas dipukau awan hitam
sinarnya berbalam seperti wajah senja.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
03-disember-2013
02 Disember 2013
catatan dalam hujan
harga petrol lama naik
gaji yb banyak naik
tarif elektrik baru naik
cukai pintu esok naik
air sungai makin naik
darah tinggi sudah naik.
hanya hujan tak naik ke langit.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
02 disember 2013
harga petrol lama naik
gaji yb banyak naik
tarif elektrik baru naik
cukai pintu esok naik
air sungai makin naik
darah tinggi sudah naik.
hanya hujan tak naik ke langit.
gaji yb banyak naik
tarif elektrik baru naik
cukai pintu esok naik
air sungai makin naik
darah tinggi sudah naik.
hanya hujan tak naik ke langit.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
02 disember 2013
kubuka langsir, kujenguk wajah pagi
kubuka langsir, kujenguk wajah pagi
burung-burung entah berkicau di ranting mana
alam benar diam andai tanpa hujan
suara hujan sesekali tertiarap di bumbung
sesekali bisik-berbisik,sesekali raung-meraung
saling bertindih menumpahkan warna tengkujuh.
sahrunizam abdul talib
bera
02-disember-2013
burung-burung entah berkicau di ranting mana
alam benar diam andai tanpa hujan
suara hujan sesekali tertiarap di bumbung
sesekali bisik-berbisik,sesekali raung-meraung
saling bertindih menumpahkan warna tengkujuh.
sahrunizam abdul talib
bera
02-disember-2013
01 Disember 2013
pejuang demokrasi
di seluruh pelosok alam
kau memancang tiang
sesekali goyah
tak mudah kau gelabah
meminjam wajah ibu
kau mudah disanjung
juga budimu dijunjung.
meski waktu berlari
kau tetap berdiri di sana
memegang keyakinanmu
angka di hujung usiamu
hanya mampu mengedutkan wajahmu
namun tidak semangatmu.
kau pejuang demokrasi
di balik tirai besi
meski langkahmu dirantai
jiwamu bebas menari.
tapi sayang rupanya demokrasi
hanyalah bersayap di bibirmu
harum namamu hanya sekejap
rohingnya membuka pekungmu
dalam saat singkat.
sahrunizam abdul tali
bera, pahang
01 dismeber 2013
dalam hujan lebat
dalam hujan lebat
kulepaskan engkau sahabat
kembali ke negeri asal kita.
beristirahatlah engkau di sana
tenang bertamu, bertemu Tuhan.
dalam hujan lebat
kenangan sesekali turun
perlahan-lahan ke dadaku.
dalam hujan lebat
kulepaskan engkau perlahan-lahan.
sahrunizam abdul talib
kampung gali lurus,
raub.
01/disember/2013
kulepaskan engkau sahabat
kembali ke negeri asal kita.
beristirahatlah engkau di sana
tenang bertamu, bertemu Tuhan.
dalam hujan lebat
kenangan sesekali turun
perlahan-lahan ke dadaku.
dalam hujan lebat
kulepaskan engkau perlahan-lahan.
sahrunizam abdul talib
kampung gali lurus,
raub.
01/disember/2013
30 November 2013
buat lid
waktu tetap berputar selagi matahari beredar
dari bangku penonoton kami hanya mewakilkan diam
tanpa jerit pekik hatta syahdu berbisik
kami pilih diam tabah menjinak rasa
daripada gelisah menternak suara.
sahrunizam abdul talib
bera.pahang
30-november-2013
dari bangku penonoton kami hanya mewakilkan diam
tanpa jerit pekik hatta syahdu berbisik
kami pilih diam tabah menjinak rasa
daripada gelisah menternak suara.
sahrunizam abdul talib
bera.pahang
30-november-2013
Akhirnya engkau keluar dari gua
lontar suara dan pintar lakonmu
akhirnya pecah malam tadi di udara
hanyirnya menembak hidungku.
telah kubaca dari mula
riak wajahmu dan galak iramamu
tak pernah memaut rasaku.
setelah lama memilih dusta
engkau akhirnya keluar dari gua
menyarung bajumu sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
30 Nov 2013
akhirnya pecah malam tadi di udara
hanyirnya menembak hidungku.
telah kubaca dari mula
riak wajahmu dan galak iramamu
tak pernah memaut rasaku.
setelah lama memilih dusta
engkau akhirnya keluar dari gua
menyarung bajumu sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
30 Nov 2013
23 November 2013
menyerahkan hak
tajam duri tajam lagi dugaan
sesekali tubuhmu tembus tertusuk
darahnya mengalir menjadi semangat
di balik dinding batu
jasadmu pernah membeku
namun tidak sesekali hatimu.
di jalan-jalan namamu dijulang
meski namamu gagal dihantar ke dewan
itu bukanlah alasan untuk langkahmu
terhenti setengah jalan.
di tengah-tengah marhaen engkau diingati
di dalam darahmu tidak ada darah bangsawan
yang bakal melekakanmu dengan kedudukan.
petang yang manja ini namamu kembali di atas
menyerahkan hak kepada yang berhak .
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
23-november-2013
sesekali tubuhmu tembus tertusuk
darahnya mengalir menjadi semangat
di balik dinding batu
jasadmu pernah membeku
namun tidak sesekali hatimu.
di jalan-jalan namamu dijulang
meski namamu gagal dihantar ke dewan
itu bukanlah alasan untuk langkahmu
terhenti setengah jalan.
di tengah-tengah marhaen engkau diingati
di dalam darahmu tidak ada darah bangsawan
yang bakal melekakanmu dengan kedudukan.
petang yang manja ini namamu kembali di atas
menyerahkan hak kepada yang berhak .
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
23-november-2013
catatan di muktamar
selain bakat dan ketokohan
ini dunia penuh pertanyaan
sedikit sekali orang berfikir
sedikit lagi orang menilai.
dunia ini dunia persaingan
bakat dan ketokohan
bukanlah seluruh jawapan
andai legasimu teramat kabur.
di sini semuanya mahu ke atas
tangga dan lif antara pilihan
tewas, usah salahkan keturunan
resam politik sejuta mungkin
sahrunizam abdul talib
23-november-2013
bera
ini dunia penuh pertanyaan
sedikit sekali orang berfikir
sedikit lagi orang menilai.
dunia ini dunia persaingan
bakat dan ketokohan
bukanlah seluruh jawapan
andai legasimu teramat kabur.
di sini semuanya mahu ke atas
tangga dan lif antara pilihan
tewas, usah salahkan keturunan
resam politik sejuta mungkin
sahrunizam abdul talib
23-november-2013
bera
20 November 2013
musim bertempur
esok musim bertempur
cerah matahari, cerah lagi matamu
yang memisahkan hanyalah
kecil perbezaan sedang persamaan
dituntut untuk meneroka masa depan.
bijaksana bukan sekadar perlu
saat menghunus pedang tapi juga mustahak
tika menepis serang.
berkata-kata itu bijak andai
yang terlantun emasnya
tapi dungu andai disambut seteru
sebagai peluru.
di dahimu dan dahiku
ada grafiti yang dilukis tangan-tangan nakal
bijaksana cuma dapat memadamkannya.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang.
20 november 2013
cerah matahari, cerah lagi matamu
yang memisahkan hanyalah
kecil perbezaan sedang persamaan
dituntut untuk meneroka masa depan.
bijaksana bukan sekadar perlu
saat menghunus pedang tapi juga mustahak
tika menepis serang.
berkata-kata itu bijak andai
yang terlantun emasnya
tapi dungu andai disambut seteru
sebagai peluru.
di dahimu dan dahiku
ada grafiti yang dilukis tangan-tangan nakal
bijaksana cuma dapat memadamkannya.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang.
20 november 2013
qatar
di tanahairku tiba-tiba namamu
di bibir semua.
di padang bola ada tragedi berdarah
harimau malaya ditikam bertalu-talu
dan kini dikabarkan menunggu detik
malaikat maut merangkul pinggangnya.
di sidang siasah ada tindak goyah
seorang menteri diserang bertubi-tubi
dan kini diberitakan sedang melatah
memaksa rakyat melafazkan terima kasih.
di padang bola ada raja berambut putih
di dewan siasah muncul permaisuri berambut kembang.
qatar, qatar, qatar.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
20 nov 2013
di bibir semua.
di padang bola ada tragedi berdarah
harimau malaya ditikam bertalu-talu
dan kini dikabarkan menunggu detik
malaikat maut merangkul pinggangnya.
di sidang siasah ada tindak goyah
seorang menteri diserang bertubi-tubi
dan kini diberitakan sedang melatah
memaksa rakyat melafazkan terima kasih.
di padang bola ada raja berambut putih
di dewan siasah muncul permaisuri berambut kembang.
qatar, qatar, qatar.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
20 nov 2013
terima kasih
selain terima kasih
ucap apakah lagi yang manis
untuk dilahap olehmu?
ketika tabung arnab pecah berderai
bergelimpangan hanyalah kaca
dan berdarah hanyalah hati.
di celah bintang berkerdip
engkaulah musim
yang mengendong awan hitam.
sahrunizam abdul talib
bera,
pahang.
20-november-2013
ucap apakah lagi yang manis
untuk dilahap olehmu?
ketika tabung arnab pecah berderai
bergelimpangan hanyalah kaca
dan berdarah hanyalah hati.
di celah bintang berkerdip
engkaulah musim
yang mengendong awan hitam.
sahrunizam abdul talib
bera,
pahang.
20-november-2013
12 November 2013
di tubuhmu darah muda mengalir
pada jiwa muda
di dadamu ada nyala bara
kau memilih ruang terbuka
ketika punya peluang bersemuka.
di hadapan ramai
antara dungu dan cerdik
kau pilih jalan mengherdik.
sahrunizam abdul talib
bera
121113
di dadamu ada nyala bara
kau memilih ruang terbuka
ketika punya peluang bersemuka.
di hadapan ramai
antara dungu dan cerdik
kau pilih jalan mengherdik.
sahrunizam abdul talib
bera
121113
11 November 2013
jalan itu telah kaupiih
telah kaupilih jalan itu
jalan yang bersimpang
biarpun akal sesekali bertempik
namun suaranya dimamah angin jua.
sengaja kauhambat kedudukan
ketika abu bakar gerun padanya.
jalan yang bersimpang
biarpun akal sesekali bertempik
namun suaranya dimamah angin jua.
sengaja kauhambat kedudukan
ketika abu bakar gerun padanya.
06 November 2013
pada malam rusuh
ketika pilihan seluas alam
kau pilih menjadi penipu
nafsumu yang selaut menewaskan
akalmu yang sejemput.
pada malam rusuh
kau terbalikkan angka
yang kecil menjadi raksasa
yang besar menjadi hama.
gelita malam benar-benar menjadi alibi.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
06 november 2013
kau pilih menjadi penipu
nafsumu yang selaut menewaskan
akalmu yang sejemput.
pada malam rusuh
kau terbalikkan angka
yang kecil menjadi raksasa
yang besar menjadi hama.
gelita malam benar-benar menjadi alibi.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
06 november 2013
israel kecil di belakang rumahku
dia bukan bangsa penjajah
seperti yang diseranah sejarah
tapi dia israel kecil yang tak pernah puas
melebarkan haram wilayah.
kelmarin dia membina kembali
kesombongan dengan tajam jeriji.
benarlah akal tak dapat disukat
pada putih kopiah.
06 november 2013
bera, pahang.
seperti yang diseranah sejarah
tapi dia israel kecil yang tak pernah puas
melebarkan haram wilayah.
kelmarin dia membina kembali
kesombongan dengan tajam jeriji.
benarlah akal tak dapat disukat
pada putih kopiah.
06 november 2013
bera, pahang.
25 September 2013
memeluk bayang
dengan gaya intelektual
kalian menjinjit idea
di ruang awam.
dengan hujah serapuh
ranting tua
kalian bergayut pada
dahan reput.
dengan helah semurah
tisu tandas
kalian memeluk bayang.
dengan gaya cendekiawan
kalian memunggah bebal
ke kamar sempit ini.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
25 september 2013
kalian menjinjit idea
di ruang awam.
dengan hujah serapuh
ranting tua
kalian bergayut pada
dahan reput.
dengan helah semurah
tisu tandas
kalian memeluk bayang.
dengan gaya cendekiawan
kalian memunggah bebal
ke kamar sempit ini.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
25 september 2013
gelisah senja
dalam dingin kamar
aku gementar.
benar hayat dan sihat
teramat singkat.
sepi mematuk rasa
di sisi mesin yang setia.
sahrunizam abdul talib
icu 1, hoshas temerloh
24 september 2013
aku gementar.
benar hayat dan sihat
teramat singkat.
sepi mematuk rasa
di sisi mesin yang setia.
sahrunizam abdul talib
icu 1, hoshas temerloh
24 september 2013
24 September 2013
kau menari di pentas seteru
akhirnya engkau tewas
dengan cumbu rayu.
kau memeluk seteru
dan membelakangkan sekutu.
gelar berderet di pangkal nama
kian menyesatkan arah.
dalam gelabah panjang
kau melatah dan menyumpah.
benar kau cekap mentafsir mimpi
tapi tak bermakna kau pintar
membaca realiti.
sahrunizam abdul talib
bera
24 september 2013
dengan cumbu rayu.
kau memeluk seteru
dan membelakangkan sekutu.
gelar berderet di pangkal nama
kian menyesatkan arah.
dalam gelabah panjang
kau melatah dan menyumpah.
benar kau cekap mentafsir mimpi
tapi tak bermakna kau pintar
membaca realiti.
sahrunizam abdul talib
bera
24 september 2013
pulang
berpuluh tahun engkau dipinjamkan kesempatan
merayau-rayau mencari arah
akhirnya Dia memimpin tanganmu
kembali ke kampung asal.
hanya air mata di kelopak
menjadi saksi engkau pernah di sini.
ketika tengahari condong
tanah kembali memilihmu sebagai sahabat.
23 september 2013
jengka 23
merayau-rayau mencari arah
akhirnya Dia memimpin tanganmu
kembali ke kampung asal.
hanya air mata di kelopak
menjadi saksi engkau pernah di sini.
ketika tengahari condong
tanah kembali memilihmu sebagai sahabat.
23 september 2013
jengka 23
08 September 2013
catatan di kertas lusuh buat panglima perang
saat mereka berteriak lantang dari jernih hati
kau sebagai panglima perang
hanya mengirim sebaris catatan cemburu
bagi meracun waras tenteramu.
perlahan-lahan kau undur dan
terbang ke seberang
sambil melambai-lambai tangan dari udara
menuju ke upacara pesta-pestaan
yang mabuk puja dan puji.
ketika bahasamu dimadu
dan rumah kita kembali dilontar ke zaman abdi
kau dan tenteramu
memilih setuju langsung bisu.
kerusi panglima barangkali terlalu empuk
hingga engkau terlupa di luar kamarmu
yang berhawa dingin masih punya puluhan
ribu-ribu anak-anak yang bakal pulang
dengan mata putih tanpa sebarang kertas
yang tercorak masa depan dalam genggaman.
panglima, barangkali anakmu bukan dari
kelompok itu dan itulah jawaban mengapa
engkau masih di pesta-pestaan itu
mabuk puja dan puji.
panglima sebelum terlewat, pintaku
kembalilah ke medan perang.
sahrunizam abdul talib
bera
08 september 2013
kau sebagai panglima perang
hanya mengirim sebaris catatan cemburu
bagi meracun waras tenteramu.
perlahan-lahan kau undur dan
terbang ke seberang
sambil melambai-lambai tangan dari udara
menuju ke upacara pesta-pestaan
yang mabuk puja dan puji.
ketika bahasamu dimadu
dan rumah kita kembali dilontar ke zaman abdi
kau dan tenteramu
memilih setuju langsung bisu.
kerusi panglima barangkali terlalu empuk
hingga engkau terlupa di luar kamarmu
yang berhawa dingin masih punya puluhan
ribu-ribu anak-anak yang bakal pulang
dengan mata putih tanpa sebarang kertas
yang tercorak masa depan dalam genggaman.
panglima, barangkali anakmu bukan dari
kelompok itu dan itulah jawaban mengapa
engkau masih di pesta-pestaan itu
mabuk puja dan puji.
panglima sebelum terlewat, pintaku
kembalilah ke medan perang.
sahrunizam abdul talib
bera
08 september 2013
dari mimpi tengah malam
bebal apakah yang sedang mengandang akal kepala bangsaku
hingga pahit jadam dari sejarah semalam begitu cepat
hilang dari lidah dan kerongkong mereka?
belum pun berhenti kibaran dan pekikan itu
mereka kembali mencipta kebebalan dan kembali
menyorong tanah air ke zaman kegelapan
saat pasung penjajah membelenggu jasad bangsa.
dari mimpi tengah malam aku menggeliat dan terjaga
bingkas akal dan jasadku bercantum
dunia menjadi teramat sepi
ketika ramai yang bergelar tokoh mulai menggali
lubang tikus.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
8 ogos 2013
hingga pahit jadam dari sejarah semalam begitu cepat
hilang dari lidah dan kerongkong mereka?
belum pun berhenti kibaran dan pekikan itu
mereka kembali mencipta kebebalan dan kembali
menyorong tanah air ke zaman kegelapan
saat pasung penjajah membelenggu jasad bangsa.
dari mimpi tengah malam aku menggeliat dan terjaga
bingkas akal dan jasadku bercantum
dunia menjadi teramat sepi
ketika ramai yang bergelar tokoh mulai menggali
lubang tikus.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
8 ogos 2013
07 September 2013
jika usman masih ada
bertahun-tahun membaca kalian
di awal pagi ini
aku harus memerah santan
dan menabur hati di perdu hati luka.
sayang kalian telah persendakan
kedua-duanya; hayat dan bakat.
antara dua pilihan
kalian memilih jinak untuk diternak
dan percaya hayat kalian
hanya bersambung apabila disuap
dan mati nanti kerana manusia.
kalian memilih bisu menatap tragedi
kalian memilih kelu mendakap peristiwa
kata kalian, kalian memilih untuk
tidak memihak atau menyisih untuk berpihak.
meski pun esok tengkuk bahasamu bakal dipulas
kalian di seberang dirasuk kata.
jika usman ada tentunya beliau
menggeleng kepala.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
07 september 2013
di awal pagi ini
aku harus memerah santan
dan menabur hati di perdu hati luka.
sayang kalian telah persendakan
kedua-duanya; hayat dan bakat.
antara dua pilihan
kalian memilih jinak untuk diternak
dan percaya hayat kalian
hanya bersambung apabila disuap
dan mati nanti kerana manusia.
kalian memilih bisu menatap tragedi
kalian memilih kelu mendakap peristiwa
kata kalian, kalian memilih untuk
tidak memihak atau menyisih untuk berpihak.
meski pun esok tengkuk bahasamu bakal dipulas
kalian di seberang dirasuk kata.
jika usman ada tentunya beliau
menggeleng kepala.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
07 september 2013
di balik tubuh malam
biar pun di wajahmu berkampung jerih
jasad rentamu tak pernah letih
kerana katamu letih sebelum waktu
atau layu sebelum berkembang
hanya milik pengkhianat
yang punya hati tapi tak punya rasa.
dari jauh aku berkongsi beranimu
ketika kau meloncat dari kertas
menuju ke pentas
jujur antara jutaan pengkagummu
akulah itu yang bersembunyi
di balik tubuh malam.
hari ini, saat ini dan ketika ini
ketika semalam jasad rentamu kembali
dilontar ke muka pintu rumahmu bertingkat
suara ibuku kembali direnggut
dari halkumnya.
bibir-bibir yang meratib kuat
tentang asal dan ketuanan
kembali mengulangi kebebalan panjang
hanya tujuh hari selepas merdeka.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
07 september 2013
jasad rentamu tak pernah letih
kerana katamu letih sebelum waktu
atau layu sebelum berkembang
hanya milik pengkhianat
yang punya hati tapi tak punya rasa.
dari jauh aku berkongsi beranimu
ketika kau meloncat dari kertas
menuju ke pentas
jujur antara jutaan pengkagummu
akulah itu yang bersembunyi
di balik tubuh malam.
hari ini, saat ini dan ketika ini
ketika semalam jasad rentamu kembali
dilontar ke muka pintu rumahmu bertingkat
suara ibuku kembali direnggut
dari halkumnya.
bibir-bibir yang meratib kuat
tentang asal dan ketuanan
kembali mengulangi kebebalan panjang
hanya tujuh hari selepas merdeka.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
07 september 2013
tujuh hari selepas merdeka.
setelah ppsmi mati ditimbus tanpa nesan
oleh tangan-tangan rakyat
kini jasad bahasaku kembali diperkosa
dan rohnya dikepung untuk dipasung
ketika bibir-bibir semakin kuat meratib
melayu, melayu, melayu, melayu,
melayu, melayu, melayu, melayu, melayu,
melayu, melayu, melayu, melayu, melayu, melayu.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
7 september 2013
oleh tangan-tangan rakyat
kini jasad bahasaku kembali diperkosa
dan rohnya dikepung untuk dipasung
ketika bibir-bibir semakin kuat meratib
melayu, melayu, melayu, melayu,
melayu, melayu, melayu, melayu, melayu,
melayu, melayu, melayu, melayu, melayu, melayu.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
7 september 2013
03 September 2013
di hujung jalan tirus
di hujung jalanmu yang tirus
kau tidak merayap seperti tikus
menyelongkar tong-tong jijik
diammu yang panjang
tak bererti kaurela telingamu disumbat
dan lidahmu dikerat.
ketika mereka hanya membaca sejarah
kau sebahagian dari sejarah
lidahmu yang berkurun kelu
kini kembali menjadi runcing bambu
tajamnya menusuk dada petualang.
saat anak-anakmu memilih yang lain
di hujung jalan tirus
ada nyala harap yang .
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
03 september 2013
kau tidak merayap seperti tikus
menyelongkar tong-tong jijik
diammu yang panjang
tak bererti kaurela telingamu disumbat
dan lidahmu dikerat.
ketika mereka hanya membaca sejarah
kau sebahagian dari sejarah
lidahmu yang berkurun kelu
kini kembali menjadi runcing bambu
tajamnya menusuk dada petualang.
saat anak-anakmu memilih yang lain
di hujung jalan tirus
ada nyala harap yang .
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
03 september 2013
catatan buat sesiapa sahaja
usah terlalu bersedih
ini jalan sengaja kaupilih
usah lagi cuba berdalih.
bunganya tak selalunya harum
bibir tak semestinya senyum
sedang janji sentiasa berkuntum.
malam ini sekali lagi menjadi saksi
kepada kejahilan yang diwarisi.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
030913
ini jalan sengaja kaupilih
usah lagi cuba berdalih.
bunganya tak selalunya harum
bibir tak semestinya senyum
sedang janji sentiasa berkuntum.
malam ini sekali lagi menjadi saksi
kepada kejahilan yang diwarisi.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
030913
23 Ogos 2013
sajak lapan hari sebelum tiga puluh satu ogos
lapan hari sebelum tiga puluh satu ogos
sebelum kek dibelah lima puluh enam
dan lilin ditiup berkali-kali
izinkan hamba berkongsi resah sebuah bukit
benarkan hamba berkongsi gelisah sebuah tanah tinggi
di sebuah negeri yang sentiasa subur di hati hamba.
maafkan hamba kerana terpaksa memilih
untuk berkayuh ke hulu menyongsang alir air
telah lama darah hamba mendidih
frazer petualang dijulang pejuang
sebuah bukit berkabus dihadiahkan kepadanya
dan cameron penjenayah mata penjenayah
dihadiahkan sebuah tanah tinggi.
kitakah yang teramat pemurah atau
sejarahkah yang dipikulkan beban?
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
23 ogos 2013
sebelum kek dibelah lima puluh enam
dan lilin ditiup berkali-kali
izinkan hamba berkongsi resah sebuah bukit
benarkan hamba berkongsi gelisah sebuah tanah tinggi
di sebuah negeri yang sentiasa subur di hati hamba.
maafkan hamba kerana terpaksa memilih
untuk berkayuh ke hulu menyongsang alir air
telah lama darah hamba mendidih
frazer petualang dijulang pejuang
sebuah bukit berkabus dihadiahkan kepadanya
dan cameron penjenayah mata penjenayah
dihadiahkan sebuah tanah tinggi.
kitakah yang teramat pemurah atau
sejarahkah yang dipikulkan beban?
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
23 ogos 2013
15 Ogos 2013
bahasa jentolak
di hujung jalan mati
bahasa damai telah berubah
menjadi bahasa jentolak.
mereka mengutip bintang-bintang
yang berguguran
dan menatap langit keruh
sepanjang malam.
dataran itu mereka membasuh
kesedihan dengan darah syuhada
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
15 ogos 2013
bahasa damai telah berubah
menjadi bahasa jentolak.
mereka mengutip bintang-bintang
yang berguguran
dan menatap langit keruh
sepanjang malam.
dataran itu mereka membasuh
kesedihan dengan darah syuhada
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
15 ogos 2013
14 Ogos 2013
harum kasturi
akhirnya sekumpulan bintang buas itu
memilih membenamkan tajam taring mereka
ke tubuh-tubuh empuk.
dataran itu telah berubah wajah.
merah darah. simpang-siur peluru.
harum bau kasturi dari tubuh bidadari
telah memenuhi segenap ruang.
sekejap lagi malaikat maut yang bakal menjemput
roh mereka ke jannah.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
14 ogos 2013
memilih membenamkan tajam taring mereka
ke tubuh-tubuh empuk.
dataran itu telah berubah wajah.
merah darah. simpang-siur peluru.
harum bau kasturi dari tubuh bidadari
telah memenuhi segenap ruang.
sekejap lagi malaikat maut yang bakal menjemput
roh mereka ke jannah.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
14 ogos 2013
10 Ogos 2013
sajak ini untuk morsi
kau tak pernah mati
meski gelarmu gugur
dan gerakmu lumpuh
namamu tetap hidup
di dada jutaan rakyat.
benar, mereka kaya
senjata
namun mereka tak
pernah memiliki
kasih sayang yang
dihulur berjuta rakyat
ke dalam genggammu.
lihatlah di sana
mereka tak berganjak
sebiji tamar dikongsi
sepuluh mulut
mereka diikat iman
dan Tuhan yang satu.
sahrunizam abdul talib
10 ogos 2013
meski gelarmu gugur
dan gerakmu lumpuh
namamu tetap hidup
di dada jutaan rakyat.
benar, mereka kaya
senjata
namun mereka tak
pernah memiliki
kasih sayang yang
dihulur berjuta rakyat
ke dalam genggammu.
lihatlah di sana
mereka tak berganjak
sebiji tamar dikongsi
sepuluh mulut
mereka diikat iman
dan Tuhan yang satu.
sahrunizam abdul talib
10 ogos 2013
catatan di medan satu
mereka pemuja demokrasi paling atas
mereka jugalah pencabul demokrasi paling buas
yang terpilih disisih, yang disisih kini terpilih
mereka menunjukkan pilihan
ibarat memilih ikan di pasar.
jalan itu yang pernah dirintis petualang
setelah kalah mereka memilih jalan mudah
suara rakyat telah disiat-siat
menjadi carik-carik kertas yang entah bila
akan bercantum.
meski bibir hidup dengan senyuman
jiwa mereka telah lama mati
di atas gelimpangan mayat
mereka menulis sejarah dengan tinta darah.
sahrunizam abdul talib
10 ogos 2013
tangkak
mereka jugalah pencabul demokrasi paling buas
yang terpilih disisih, yang disisih kini terpilih
mereka menunjukkan pilihan
ibarat memilih ikan di pasar.
jalan itu yang pernah dirintis petualang
setelah kalah mereka memilih jalan mudah
suara rakyat telah disiat-siat
menjadi carik-carik kertas yang entah bila
akan bercantum.
meski bibir hidup dengan senyuman
jiwa mereka telah lama mati
di atas gelimpangan mayat
mereka menulis sejarah dengan tinta darah.
sahrunizam abdul talib
10 ogos 2013
tangkak
02 Julai 2013
aku dan kenangan
kalian dan kehidupan tak pernah berbeza
singgah sebentar dan perlahan-lahan bersama angin
meninggalkan aku sepi dan keliru.
mujurlah aku tak punya rumah agam
yang lebih ghairah menternak sunyi
kerana di ruang sempit inipun
kesunyian menjadi teramat rakus.
sesekali mahu saja kubunuh waktu
kerana waktu telah menjadi tembok penjara
memisahkan aku dan kenangan.
seperti juga kehidupan
kita tak punya apa
selebihnya harus cepat mengerti
segala yang dipinjam mesti dipulangkan.
sahrunizam abdul talib
bera
02 julai 2013
singgah sebentar dan perlahan-lahan bersama angin
meninggalkan aku sepi dan keliru.
mujurlah aku tak punya rumah agam
yang lebih ghairah menternak sunyi
kerana di ruang sempit inipun
kesunyian menjadi teramat rakus.
sesekali mahu saja kubunuh waktu
kerana waktu telah menjadi tembok penjara
memisahkan aku dan kenangan.
seperti juga kehidupan
kita tak punya apa
selebihnya harus cepat mengerti
segala yang dipinjam mesti dipulangkan.
sahrunizam abdul talib
bera
02 julai 2013
15 Jun 2013
ingatan pada salak-salak bertaburan
masih kau ingat tika aku bagai pengemis
mengutip salak-salakmu bertaburan di lantai
tenabang, sahabatku?
aku tahu, engkau di belakang dengan ketawamu,
telah kubilang biji-biji salak manis itu
bakal menjadi beban buat tubuh dan kaki
kita yang kian capek.
tapi, kaulah haji
dan pak cik yang tak pernah mau tunduk
pada kataku.
dan pada ketika-ketikanya
engkau di sebelah supir
sengaja memejamku mata kerana cemburu
pada mata renung milikku yang sentiasa
berselera pada segala kumuh jakarta.
sahrunizam abdul talib
bera
15 jun 2013
mengutip salak-salakmu bertaburan di lantai
tenabang, sahabatku?
aku tahu, engkau di belakang dengan ketawamu,
telah kubilang biji-biji salak manis itu
bakal menjadi beban buat tubuh dan kaki
kita yang kian capek.
tapi, kaulah haji
dan pak cik yang tak pernah mau tunduk
pada kataku.
dan pada ketika-ketikanya
engkau di sebelah supir
sengaja memejamku mata kerana cemburu
pada mata renung milikku yang sentiasa
berselera pada segala kumuh jakarta.
sahrunizam abdul talib
bera
15 jun 2013
tangan senja
perlahan tetapi lembut
tangannya memimpin tanganku
ke negeri tirus..
dengan apakah nanti
harus kujawab segala soalan
ketika mulutku dan mulutmu
sudah dikunci?
satu demi satu
amaran hinggap di tubuhku
bagai dedalu yang subur di pohon
mangga di laman rumahku.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
15 jun 2013
tangannya memimpin tanganku
ke negeri tirus..
dengan apakah nanti
harus kujawab segala soalan
ketika mulutku dan mulutmu
sudah dikunci?
satu demi satu
amaran hinggap di tubuhku
bagai dedalu yang subur di pohon
mangga di laman rumahku.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
15 jun 2013
11 Jun 2013
puisi ketika senja terapung
seorang demi seorang pergi
dipilih waktu untuk mengenal hidup
tinggallah kami sesekali digaru perasaan
dengan sekawan kenangan
yang sentiasa berkepak dan terbang
sahrunizam abdul talib
12 jun 2013
bera, pahang
dipilih waktu untuk mengenal hidup
tinggallah kami sesekali digaru perasaan
dengan sekawan kenangan
yang sentiasa berkepak dan terbang
sahrunizam abdul talib
12 jun 2013
bera, pahang
di lantai 3a seorang aku
berpuluh ribu judul
baharu dan lama
bertindih lapis
berebut menyerbu mataku
di ruang yang dijajah sunyi
pengarang menjual fikiran
untuk dibeli pembaca budiman.
aku manusia kerdil
di tengah agam kota
memburu setitis ilmu dari laut
yang sesayup tepi.
tiada yang indah di sini
selain dari berlama-lama
memilih untuk berkasih
dengan beribu pengarang
yang terpilih juga tersisih.
sesekali debu kota singgah
pada plastik pembalut yang
memisahkan pembeli dengan
penjual fikiran.
hanya yang bijaksana membaca judul
dapat menyelam ke dasar lembar
mencari mutiara yang terbenam
di antara berjuta aksara.
sahrunizam abdul talib
thamrin mall, tanah abang,
jakarta
29 mei 2013
baharu dan lama
bertindih lapis
berebut menyerbu mataku
di ruang yang dijajah sunyi
pengarang menjual fikiran
untuk dibeli pembaca budiman.
aku manusia kerdil
di tengah agam kota
memburu setitis ilmu dari laut
yang sesayup tepi.
tiada yang indah di sini
selain dari berlama-lama
memilih untuk berkasih
dengan beribu pengarang
yang terpilih juga tersisih.
sesekali debu kota singgah
pada plastik pembalut yang
memisahkan pembeli dengan
penjual fikiran.
hanya yang bijaksana membaca judul
dapat menyelam ke dasar lembar
mencari mutiara yang terbenam
di antara berjuta aksara.
sahrunizam abdul talib
thamrin mall, tanah abang,
jakarta
29 mei 2013
10 Jun 2013
ditelannya sebuah nama
pada kunjungan ini
kakiku dan tanggamu
seakan berat untuk saling
melepaskan segala kenangan
yang sempat dipungut dan impian
yang kerap tercicir.
laut dan langitmu
terlalu letih untuk meraikan
sengketa ini kerana yang terluka
akhirnya hanyalah kita.
sebuah nama yang mesra di bibir
semakin merelakan takdir yang
tajam dan menikam.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
10.06.2013
kakiku dan tanggamu
seakan berat untuk saling
melepaskan segala kenangan
yang sempat dipungut dan impian
yang kerap tercicir.
laut dan langitmu
terlalu letih untuk meraikan
sengketa ini kerana yang terluka
akhirnya hanyalah kita.
sebuah nama yang mesra di bibir
semakin merelakan takdir yang
tajam dan menikam.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
10.06.2013
06 Jun 2013
penyu menangis lagi
berpuluh tahun kau hadir dan kini mahu diusir
senyum kota ini bukan lagi untuk dikongsi olehmu
wajah lusuh bagai jerawat batu di pipi gebu
mengundang dendam dan sakit hati yang dalam.
kota ini tidak lagi peduli pada jerit dan rintih
kata mereka kau harus pergi dari sini
wajahmu yang kumal dan comot
bakal menerima kutukan yang lebih hebat nanti
jika kau terus berdegil untuk terus berdiri di sini.
kota ini bakal menyumbatkan sejarah di bakul sampah
kota batu tak punya hati dan perasaan
sekali kota menjerit roboh, maka robohlah kau
meski berjuta marhaen menjerit tidak.
sahrunizam abdul talib
pasar payang,
kuala terengganu
selasa 04/06/2013
04 Jun 2013
di celah-celah himpitan hidup
dari jendela avanza dipandu yazid
mataku bergegas menyelongkar
hidup bagai jadam di tengah kota ini.
di hadapanku nadzri sudah lama
mengheret matanya ke alam kayangan.
di lorong-lorong sempit ini
terpamer sebuah jakarta yang sifar kosmetik
tanpa ghairah gincu di bibir
dan jenama bedak melumuri pipi.
mereka menggeledah sampah-sarap untuk
agar jantung terus berdegup.
di kananku, deretan penjaja barang lusuh
menanti pelanggan dalam redup bahasa mata.
pada setiap kesempatan yang membujur
mereka dengan siaga cuba menyambarnya
dengan anugerah kreatif akal.
sahrunizam abdul talib
bandara sukarno hatta-blok m square
jakarta selatan
28 mei 2013
mataku bergegas menyelongkar
hidup bagai jadam di tengah kota ini.
di hadapanku nadzri sudah lama
mengheret matanya ke alam kayangan.
di lorong-lorong sempit ini
terpamer sebuah jakarta yang sifar kosmetik
tanpa ghairah gincu di bibir
dan jenama bedak melumuri pipi.
mereka menggeledah sampah-sarap untuk
agar jantung terus berdegup.
di kananku, deretan penjaja barang lusuh
menanti pelanggan dalam redup bahasa mata.
pada setiap kesempatan yang membujur
mereka dengan siaga cuba menyambarnya
dengan anugerah kreatif akal.
sahrunizam abdul talib
bandara sukarno hatta-blok m square
jakarta selatan
28 mei 2013
di sini aku hanyalah buih
perlahan-lahan kami bersatu
dengan jutaan manusia juga kenderaan
yang saling berebut ruang dan peluang
raung jentera dan hon yang menjerit
mengingatkan aku pada tanahairku
yang bertaburan maki hamun di jalanraya.
di kota sendat ini manusia menjadi
teramat penyabar untuk walau sesekali
berkurang ajar.
mereka hanya berkejar merebut ruang
juga waktu yang sering gelisah
di sini tiada maki hamun dan sumpah seranah
kerana seluruh warga sudah diajar
untuk berkongsi kota ini seadanya.
di tengah alir kenderaan yang beragam
aku hanyalah buih yang terapung
dan pada bila-bila masa akan
pecah dalam gawat ini.
sahrunizam abdul talib
bandara sukarno hatta-blok m square
jakarta
28 mei 2013
dengan jutaan manusia juga kenderaan
yang saling berebut ruang dan peluang
raung jentera dan hon yang menjerit
mengingatkan aku pada tanahairku
yang bertaburan maki hamun di jalanraya.
di kota sendat ini manusia menjadi
teramat penyabar untuk walau sesekali
berkurang ajar.
mereka hanya berkejar merebut ruang
juga waktu yang sering gelisah
di sini tiada maki hamun dan sumpah seranah
kerana seluruh warga sudah diajar
untuk berkongsi kota ini seadanya.
di tengah alir kenderaan yang beragam
aku hanyalah buih yang terapung
dan pada bila-bila masa akan
pecah dalam gawat ini.
sahrunizam abdul talib
bandara sukarno hatta-blok m square
jakarta
28 mei 2013
salam nusantara
ketika matahari tegak berdiri
kami tiba membawa jabat salam
disambut aroma bakso dan
irama dangdut.
kuala lumpur perlahan-lahan
dilipat kemas dalam ingatan
jakarta kami datang membuka
petamu untukberkongsi sedikit
gelisah yang dipendam wargamu.
di sini tangan jakarta menyambut
kami dengan senyum dan batik yang
mencorak indentiti sebuah Indonesia.
Bandara Sukarno Hatta
Jakarta
28 Mei 2013
kami tiba membawa jabat salam
disambut aroma bakso dan
irama dangdut.
kuala lumpur perlahan-lahan
dilipat kemas dalam ingatan
jakarta kami datang membuka
petamu untukberkongsi sedikit
gelisah yang dipendam wargamu.
di sini tangan jakarta menyambut
kami dengan senyum dan batik yang
mencorak indentiti sebuah Indonesia.
Bandara Sukarno Hatta
Jakarta
28 Mei 2013
08 Mei 2013
sajak di dalam gelap
beberapa minit
demokrasi terpadam di
beberapa titik.
semenanjung jantung
memilih untuk hitam.
lampu tiba-tiba dinafikan hak
untuk menyala.
kipas ditarik nikmatnya untuk
berpusing.
segalanya terjadi begitu pantas
sebelum akal menjerit.
hingga kini ramai yang
mencari-cari di manakah suis
pada segala persoalan?
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
080513
demokrasi terpadam di
beberapa titik.
semenanjung jantung
memilih untuk hitam.
lampu tiba-tiba dinafikan hak
untuk menyala.
kipas ditarik nikmatnya untuk
berpusing.
segalanya terjadi begitu pantas
sebelum akal menjerit.
hingga kini ramai yang
mencari-cari di manakah suis
pada segala persoalan?
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
080513
05 Mei 2013
catatan di luar kamar
pilihan terbuka seluas alam
selain kuasa Tuhan
kini segalanya di jari kita.
tinggalkan sejarah lusuh
untuk generasi esoknya seluruh.
aku harus berangkat ke kamar.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
05 mei 2013
selain kuasa Tuhan
kini segalanya di jari kita.
tinggalkan sejarah lusuh
untuk generasi esoknya seluruh.
aku harus berangkat ke kamar.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
05 mei 2013
04 Mei 2013
kata mereka
bendera yang patah dan
poster yang rebah
bingkas kembali meraikan
makna demokrasi
di seluruh tanah air.
hari ini dengan wajah
berseri kita memilih
peti undi untuk bersuara
dan meninggalkan mikrofon
sendiri tanpa kata.
kata mereka biarlah
rahsia tetap menjadi rahsia
di antara tari pensel
dan diam kertas
kita pilih bijaksana.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
04 mei 2013
poster yang rebah
bingkas kembali meraikan
makna demokrasi
di seluruh tanah air.
hari ini dengan wajah
berseri kita memilih
peti undi untuk bersuara
dan meninggalkan mikrofon
sendiri tanpa kata.
kata mereka biarlah
rahsia tetap menjadi rahsia
di antara tari pensel
dan diam kertas
kita pilih bijaksana.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
04 mei 2013
meminda sejarah yang tertunda
berpuluh tahun tertunda
di hadapan jutaan mata
sebuah wajah baharu
bakal tercipta meski sesekali
tukarannya jiwa dan jasad.
berbelas kali sejarah nusa
mengulangi kesilapan serupa
hari ini tanpa banyak meminta
dan asyik membesarkan wasangka
semuanya harus bersedia mencipta mula.
hidup tak perlukan kesalan
atau sekadar melepaskan keluhan
hari ini cukuplah kertas dan pensel
menjadi saksi pada sebuah keberanian
yang bakal diraikan.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
04 mei 2013
di hadapan jutaan mata
sebuah wajah baharu
bakal tercipta meski sesekali
tukarannya jiwa dan jasad.
berbelas kali sejarah nusa
mengulangi kesilapan serupa
hari ini tanpa banyak meminta
dan asyik membesarkan wasangka
semuanya harus bersedia mencipta mula.
hidup tak perlukan kesalan
atau sekadar melepaskan keluhan
hari ini cukuplah kertas dan pensel
menjadi saksi pada sebuah keberanian
yang bakal diraikan.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
04 mei 2013
01 Mei 2013
mencari alam ketiga
berkali-kali kaki dan hatinya tergelincir
dibuang dan terbuang
dia kembali merebut peluang
dengan wajah garang dan suara lantang
dia tak pernah mengaku kalah
meskipun berkali-kali warna bajunya berubah
wajahnya tak pernah mempamer gelabah.
baginya hidup adalah peluang
semudah percaya diberi
semudah itu percaya dikhianati
meski kakinya panjang
namun akalnya teramat pendek
di antara banyak pilihan
dia memilih untuk bernafas di dua alam.
sejarah hidupnya sebuah biografi robek
ketika yang lain memilih waspada
dia tampi di baris pertama
sesekali dia menggugut, sesekali dia mencarut
baginya lompatan adalah sebuah perjuangan
meski ramai yang tersenyum sinis
dia mempamer wajah manis.
ternyata dua alam tidak mencukupi
dengan keris tumpul dan berkarat
dia mula mengorek pasir untuk menjejaki emas
yang tersembunyi di dasar bumi.
sahrunizam abdul talib
010513
bera
dibuang dan terbuang
dia kembali merebut peluang
dengan wajah garang dan suara lantang
dia tak pernah mengaku kalah
meskipun berkali-kali warna bajunya berubah
wajahnya tak pernah mempamer gelabah.
baginya hidup adalah peluang
semudah percaya diberi
semudah itu percaya dikhianati
meski kakinya panjang
namun akalnya teramat pendek
di antara banyak pilihan
dia memilih untuk bernafas di dua alam.
sejarah hidupnya sebuah biografi robek
ketika yang lain memilih waspada
dia tampi di baris pertama
sesekali dia menggugut, sesekali dia mencarut
baginya lompatan adalah sebuah perjuangan
meski ramai yang tersenyum sinis
dia mempamer wajah manis.
ternyata dua alam tidak mencukupi
dengan keris tumpul dan berkarat
dia mula mengorek pasir untuk menjejaki emas
yang tersembunyi di dasar bumi.
sahrunizam abdul talib
010513
bera
di antara berjuta poster
aku di antara berjuta poster
membaca wajah demi wajah
dan sesekali hujan datang
luruh di rumput dan bersatu
dengan asal alam.
yang kutemui wajah-wajah
manis dalam senyum nipis
dalam diam menyimpan
angan dan ingin
demi sebuah percaya.
meski tanpa bicara
sama ada aku atau pun dia
mata kami bertentang
meski pilihan telah ada
yang kusimpan menjadi rahsia.
di antara berjuta poster
kupilih kembali ke hatiku.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
010513
membaca wajah demi wajah
dan sesekali hujan datang
luruh di rumput dan bersatu
dengan asal alam.
yang kutemui wajah-wajah
manis dalam senyum nipis
dalam diam menyimpan
angan dan ingin
demi sebuah percaya.
meski tanpa bicara
sama ada aku atau pun dia
mata kami bertentang
meski pilihan telah ada
yang kusimpan menjadi rahsia.
di antara berjuta poster
kupilih kembali ke hatiku.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
010513
30 April 2013
malaysia memilih
sayap senja tertebar
bagai serawan jala.
malaysia memilih
dan yang memisahkan
hanyalah detik.
antara dua
satu terpilih
dan satu tersisih.
putrajaya telah
menyerahkan kuasa
kepada dua jari.
burung berkawan
pulang menjejak sarang.
sahrunizam abdul talib
30 april 2013
bera
bagai serawan jala.
malaysia memilih
dan yang memisahkan
hanyalah detik.
antara dua
satu terpilih
dan satu tersisih.
putrajaya telah
menyerahkan kuasa
kepada dua jari.
burung berkawan
pulang menjejak sarang.
sahrunizam abdul talib
30 april 2013
bera
14 April 2013
di negeri sana vs di negeri sini
di negeri sana
mereka berdebat
dengan cerdik hujah
di negeri sini
kita berdebat
dengan licik lidah.
di negeri sana
mereka berbangga
dengan hikmah fikrah
di negeri sini
kita berbangga
dengan fitnah lucah.
di negeri sana
mereka membentang
fakta dengan angka
di negeri sini
kita menelanjang
musuh dengan media.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
140413
mereka berdebat
dengan cerdik hujah
di negeri sini
kita berdebat
dengan licik lidah.
di negeri sana
mereka berbangga
dengan hikmah fikrah
di negeri sini
kita berbangga
dengan fitnah lucah.
di negeri sana
mereka membentang
fakta dengan angka
di negeri sini
kita menelanjang
musuh dengan media.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
140413
rasuk kerusi
telah dihumbankan segala bijaksana
ghaib muafakat dalam petaka panjang
tohor akal menggelupur di lumpur
kalian bagaikan sengaja meminta
untuk disegerakan celaka melanda.
nyata sepakat singgah sebentar di bibir
di meja bulat hayatnya singkat
rasuk kerusi dan hasut kuasa
menyihir waras dan mencabul janji
yang terpamer di mata kami
hanyalah kebebalan yang diputar sejarah.
usah bermimpi kaki kanan sudah di sana
andai kaki kiri saling berterajangan
jalan ini tak semudah bahasa mikrofon
atau sekadar angka ghairah di lembar
manifesto.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
140413
ghaib muafakat dalam petaka panjang
tohor akal menggelupur di lumpur
kalian bagaikan sengaja meminta
untuk disegerakan celaka melanda.
nyata sepakat singgah sebentar di bibir
di meja bulat hayatnya singkat
rasuk kerusi dan hasut kuasa
menyihir waras dan mencabul janji
yang terpamer di mata kami
hanyalah kebebalan yang diputar sejarah.
usah bermimpi kaki kanan sudah di sana
andai kaki kiri saling berterajangan
jalan ini tak semudah bahasa mikrofon
atau sekadar angka ghairah di lembar
manifesto.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
140413
13 April 2013
di negeri tanpa debat
dengan mata berkaca
dan dada gelora
kubaca politik negeriku
di tengah malam
berteman tempik guruh
dan jerit hujan.
di tengah banjir warna
dan ribut bendera
aku masih membaca
negeriku
dengan politik lucah
yang berlendir di ranjang
facebook dan terjelir
di kamar- kamar blog.
tentunya ini bukan
negeri obama yang
bijaksananya diukur debat
di sini debatnya
tentang sang sutradara
dan tulennya durasi pendek
yang panjang akibat.
sahrunizam abdul talib
bera,
pahang
130413
dan dada gelora
kubaca politik negeriku
di tengah malam
berteman tempik guruh
dan jerit hujan.
di tengah banjir warna
dan ribut bendera
aku masih membaca
negeriku
dengan politik lucah
yang berlendir di ranjang
facebook dan terjelir
di kamar- kamar blog.
tentunya ini bukan
negeri obama yang
bijaksananya diukur debat
di sini debatnya
tentang sang sutradara
dan tulennya durasi pendek
yang panjang akibat.
sahrunizam abdul talib
bera,
pahang
130413
di gelas kopi: politik malaysia
apa khabar malaysiaku
negeri sejantung emas
apa khabar malaysiaku
sikembar timur di sana?
sudah terbukakah matamu
setelah semalaman
memancang bendera
dan menggayut poster?
suhu politik malaysiaku
masih mendidih di gelas kopi
bancuhan porno, fitnah
dan dendam
menjadi serdak di dasar gelas.
hari ini politikus begitu sibuk
memburu kerusi dan membeli undi
di sana putrajaya menanti
penuh debar .
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130413
negeri sejantung emas
apa khabar malaysiaku
sikembar timur di sana?
sudah terbukakah matamu
setelah semalaman
memancang bendera
dan menggayut poster?
suhu politik malaysiaku
masih mendidih di gelas kopi
bancuhan porno, fitnah
dan dendam
menjadi serdak di dasar gelas.
hari ini politikus begitu sibuk
memburu kerusi dan membeli undi
di sana putrajaya menanti
penuh debar .
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130413
06 April 2013
tiga rangkap sajak
tiga hari telah parlimen bubar
bendera kendur kembali berkibar
bakal calon dada berdebar
gelora penyokong gamat berkobar.
apabila janji telah ditepati
tiada gusar di dalam hati
putrajaya senyum sabar menanti
untuk menyambut pemenang sejati.
bijaksana rakyat membuat pilihan
undi di tangan bisa menentukan
hanya akal memilih kebenaran
nafsu tewas oleh kejahilan.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
060413
bendera kendur kembali berkibar
bakal calon dada berdebar
gelora penyokong gamat berkobar.
apabila janji telah ditepati
tiada gusar di dalam hati
putrajaya senyum sabar menanti
untuk menyambut pemenang sejati.
bijaksana rakyat membuat pilihan
undi di tangan bisa menentukan
hanya akal memilih kebenaran
nafsu tewas oleh kejahilan.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
060413
04 April 2013
bubar
bendera yang rebah tiba-tiba bangun
tiang yang patah tiba-tiba melolong
bubar!!
sahrunizam abdul taliob
bera, pahang
040313
tiang yang patah tiba-tiba melolong
bubar!!
sahrunizam abdul taliob
bera, pahang
040313
27 Mac 2013
harumnya mengiringimu ke syurga
bagai kurma ranum di tangkai
kau gugur mencari asalmu
antara mimbar dan lembar kitab
darahmu terpercik
di peta syriamu.
benarlah jika itu janjiNya
sedetik tidak berlebih
sedetik juga tidak berkurang
meski seluruh alam berkata tidak
yaNya tak mungkin ditunda.
yang pergi hanyalah jasadmu
namun ambar kasturi yang
pernah kau renjis di maya ini
harumnya mengiringimu
ke syurga.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
270313
kau gugur mencari asalmu
antara mimbar dan lembar kitab
darahmu terpercik
di peta syriamu.
benarlah jika itu janjiNya
sedetik tidak berlebih
sedetik juga tidak berkurang
meski seluruh alam berkata tidak
yaNya tak mungkin ditunda.
yang pergi hanyalah jasadmu
namun ambar kasturi yang
pernah kau renjis di maya ini
harumnya mengiringimu
ke syurga.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
270313
24 Mac 2013
senyummu tak berkembang
dengan tongkat di tangan
kau heret langkah
disuntik gamat
sedikit gelisahmu terubat.
di belakang rostrum
kau menjumpai mikrofon
dengan sumbang intonasi
suaramu sesekali kendur
sesekali tegang
sesekali berundur dan
sesekali menyerang.
di rautmu beriak bimbang
di bawah kumis nipis
senyummu kehilangan manis
dan tak sempurna kembang.
seusai acara pentas bergelap
kakimu di karpet merah
batinmu tak henti berdarah .
sahrunizam abdul talib
tangkak, johor
240313-ahad
kau heret langkah
disuntik gamat
sedikit gelisahmu terubat.
di belakang rostrum
kau menjumpai mikrofon
dengan sumbang intonasi
suaramu sesekali kendur
sesekali tegang
sesekali berundur dan
sesekali menyerang.
di rautmu beriak bimbang
di bawah kumis nipis
senyummu kehilangan manis
dan tak sempurna kembang.
seusai acara pentas bergelap
kakimu di karpet merah
batinmu tak henti berdarah .
sahrunizam abdul talib
tangkak, johor
240313-ahad
18 Mac 2013
eloklah kau diam
eloklah kau diam
menikmati alam
dan merenung
kembali jejakmu
yang tertinggal
di celah rintih
dan jerih
bangsamu.
pohon ini
bukan lagi
pohon yang pernah
kau bertenggek
dan bersiul nyaring
di rantingnya.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
180313
menikmati alam
dan merenung
kembali jejakmu
yang tertinggal
di celah rintih
dan jerih
bangsamu.
pohon ini
bukan lagi
pohon yang pernah
kau bertenggek
dan bersiul nyaring
di rantingnya.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
180313
kebenaran kembali
kebenaran selamanya tersesat
di tengah gumpalan awan hitam
akhirnya bercerai dari langit
terjun bersama hujan
basah dalam dakapan rumput .
satu demi satu kebenaran
yang tertunda kembali
dipulangkan kepada tuannya
di tengah keluh-kesah
manusia-manusia tanpa nama
tanpa suara tapi kaya rasa.
kebenaran kembali ke riba
bersama doa tanpa putus.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
180313
di tengah gumpalan awan hitam
akhirnya bercerai dari langit
terjun bersama hujan
basah dalam dakapan rumput .
satu demi satu kebenaran
yang tertunda kembali
dipulangkan kepada tuannya
di tengah keluh-kesah
manusia-manusia tanpa nama
tanpa suara tapi kaya rasa.
kebenaran kembali ke riba
bersama doa tanpa putus.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
180313
17 Mac 2013
membeli masa
di hadapanmu jalan mati
meski kau mampu membeli semua
namun kau tak mampu membeli masa.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
170313
meski kau mampu membeli semua
namun kau tak mampu membeli masa.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
170313
12 Mac 2013
selamat jalan hugo
antara beratus kepala
yang tegak dan tunduk
engkau seorang
antara yang jarang
memilih berseteru
daripada bersekutu.
yang berlalu
sekadar jasadmu,
diam di negerimu
keberanian dan
sesekali dari sudut
bertentangan
dinamakan kedegilan.
selamat jalan hugo
dunia pasti mengenangmu
lelaki yang berani
menyanggah dan
disanggah.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
200313
yang tegak dan tunduk
engkau seorang
antara yang jarang
memilih berseteru
daripada bersekutu.
yang berlalu
sekadar jasadmu,
diam di negerimu
keberanian dan
sesekali dari sudut
bertentangan
dinamakan kedegilan.
selamat jalan hugo
dunia pasti mengenangmu
lelaki yang berani
menyanggah dan
disanggah.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
200313
09 Mac 2013
bisik pagi
seekor kupu-kupu
hinggap di skrin
seekor monyet
bergayut di dahan
seekor manusia
bertenggek pada
namanya.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
090313
hinggap di skrin
seekor monyet
bergayut di dahan
seekor manusia
bertenggek pada
namanya.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
090313
07 Mac 2013
di gelap ini
ketika tanganmu
masih di suis
kami kembali duduk
dalam bulatan
di gelap ini
untuk menjadi
tukang ramal.
sahrunizam abdul talib
bera
070313
masih di suis
kami kembali duduk
dalam bulatan
di gelap ini
untuk menjadi
tukang ramal.
sahrunizam abdul talib
bera
070313
dengan angka
dengan wajah keliru
dan kata yang celaru
engkau datang kembali
dengan angka
yang sentiasa
bergentayangan
di negeriku.
sahrunizam abdul talib
bera
070313
dan kata yang celaru
engkau datang kembali
dengan angka
yang sentiasa
bergentayangan
di negeriku.
sahrunizam abdul talib
bera
070313
05 Mac 2013
sekilas ingatan
puluhan tahun berlalu
tanganmu yang kini
berjuta kedut
menyemai
benih pohon beracun.
akhirnya hari ini
terjawab sudah segala
bimbang yang bertingkah
di dalam dada.
bergelimpangan jasad
tanpa nama di bawah
pohon yang kautanam itu
kerana zaman juga
selalu terlupa mengingatkan
betapa pohon beracun
buahnya juga pasti beracun.
jika ingatanmu belum cukup
sempurna
biarlah aku yang menjadi
pengingatnya.
pohon beracun yang rendang
hari ini
benihnya pernah berada
dalam genggammu.
sahrunizam abdul talib
bera,
050313
tanganmu yang kini
berjuta kedut
menyemai
benih pohon beracun.
akhirnya hari ini
terjawab sudah segala
bimbang yang bertingkah
di dalam dada.
bergelimpangan jasad
tanpa nama di bawah
pohon yang kautanam itu
kerana zaman juga
selalu terlupa mengingatkan
betapa pohon beracun
buahnya juga pasti beracun.
jika ingatanmu belum cukup
sempurna
biarlah aku yang menjadi
pengingatnya.
pohon beracun yang rendang
hari ini
benihnya pernah berada
dalam genggammu.
sahrunizam abdul talib
bera,
050313
03 Mac 2013
sepanjang malam gelisah
sepanjang malam
dia gelisah
memikirkan esok
yang cerah.
suara itu terus
berpesta
di telinganya.
sahrunizam abdul talib
bera
030313
dia gelisah
memikirkan esok
yang cerah.
suara itu terus
berpesta
di telinganya.
sahrunizam abdul talib
bera
030313
memilih teka-teki
kau masih di penjuru itu
memilih teka-teki.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
030313
memilih teka-teki.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
030313
pagi menuntut fikiran
kubuka gulungan pagi
selonggok fikir di dalamnya
aku mencari sesuatu yang hilang.
sahrunizam abdul talib
bera
030313
selonggok fikir di dalamnya
aku mencari sesuatu yang hilang.
sahrunizam abdul talib
bera
030313
02 Mac 2013
esok parlimen bubar
bendera resah berkibar
teka-teki semakin lebar
yang diramal tersasar
jantung calon berdebar
mamanda masih bersabar.
tiba-tiba kerongkong bergetar
esok parlimen bubar!
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
020313
teka-teki semakin lebar
yang diramal tersasar
jantung calon berdebar
mamanda masih bersabar.
tiba-tiba kerongkong bergetar
esok parlimen bubar!
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
020313
hidup bukan lagi pilihan
antara simpang siur peluru
dan tindak melulu
akhirnya darah tumpah,
melimpah menjadi
sejarah.
dalam petempuran
pasti ada korban.
hidup dan mati
bukan lagi pilihan
tetapi satu
kemestian.
sahrunizam abdul talib
bera
020313
dan tindak melulu
akhirnya darah tumpah,
melimpah menjadi
sejarah.
dalam petempuran
pasti ada korban.
hidup dan mati
bukan lagi pilihan
tetapi satu
kemestian.
sahrunizam abdul talib
bera
020313
28 Februari 2013
benar
benar.
kalian boleh mengheret kakiku
untuk menapak berjuta langkah
tapi belum tentu kalian berjaya
memaksa hatiku untuk beranjak
walaupun seinci.
benar.
kalian mampu memenjarakan
hatiku seribu tahun lamanya
tapi percayalah kalian akan
kecewa untuk mengepung
hatiku walaupun sesaat.
benar.
sahrunizam abdul talib
bera.
280213
kalian boleh mengheret kakiku
untuk menapak berjuta langkah
tapi belum tentu kalian berjaya
memaksa hatiku untuk beranjak
walaupun seinci.
benar.
kalian mampu memenjarakan
hatiku seribu tahun lamanya
tapi percayalah kalian akan
kecewa untuk mengepung
hatiku walaupun sesaat.
benar.
sahrunizam abdul talib
bera.
280213
27 Februari 2013
pujuk bendera
semuanya sudah sedia
warna bendera meski berbeza
lambainya sama
pujuknya serupa.
bisiknya lembut penuh makna
kau mesti tinggalkan dia
dan pilihlah aku.
meski kuyup oleh hujan
dan garing dimamah matahari
bahasanya tetap bahasa bendera.
semuanya sudah sedia
hanya mamanda yang teraba-raba
mencari kalendar.
sahrunizam abdul talib
bera
270213
warna bendera meski berbeza
lambainya sama
pujuknya serupa.
bisiknya lembut penuh makna
kau mesti tinggalkan dia
dan pilihlah aku.
meski kuyup oleh hujan
dan garing dimamah matahari
bahasanya tetap bahasa bendera.
semuanya sudah sedia
hanya mamanda yang teraba-raba
mencari kalendar.
sahrunizam abdul talib
bera
270213
23 Februari 2013
kubawa kaki
dengan apakah akan
kuseret jasad ini
dengan kaki atau
dengan hati ?
benar, kalian
berjaya memaksa
kaki tapi bukan
hatiku.
pasti kubawa kaki
ini dan kutinggalkan
hati sebagai bukti
aku masih hidup.
selain senyuman
beracun bahasa apa
lagi yang bakal
menyambutku nanti?
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
23.02.13
kuseret jasad ini
dengan kaki atau
dengan hati ?
benar, kalian
berjaya memaksa
kaki tapi bukan
hatiku.
pasti kubawa kaki
ini dan kutinggalkan
hati sebagai bukti
aku masih hidup.
selain senyuman
beracun bahasa apa
lagi yang bakal
menyambutku nanti?
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
23.02.13
21 Februari 2013
percik di wajahmu
di tepi tasik tenang
kau membongkok
memilih batu
untuk dilontar
dan kelak
perciknya
di wajahmu
sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
21 02 13
kau membongkok
memilih batu
untuk dilontar
dan kelak
perciknya
di wajahmu
sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
21 02 13
ketika bulan serpih di langit
(saat kaki belum mencium tangga
dan kalian masih di halaman
terpinga-pinga mencari kunci
buat membuka pintu yang
bermangga)
tiba-tiba ada rempuhan
kasar dari belakang
mahu merebut kunci
yang sudah hampir
di genggaman.
pada malam itu juga
ketika bulan serpih di langit
di halaman ada bayang
yang retak.
perlahan-lahan mereka
memilih untuk menjadi
duri menyusup licik
ke daging di jasad sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera,
21-02-13
dan kalian masih di halaman
terpinga-pinga mencari kunci
buat membuka pintu yang
bermangga)
tiba-tiba ada rempuhan
kasar dari belakang
mahu merebut kunci
yang sudah hampir
di genggaman.
pada malam itu juga
ketika bulan serpih di langit
di halaman ada bayang
yang retak.
perlahan-lahan mereka
memilih untuk menjadi
duri menyusup licik
ke daging di jasad sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera,
21-02-13
20 Februari 2013
kau, di balik timbunan buku
kau memasuki kotak sempit
dengan hujah melimpah
lagak bagai ahli falsafah
tersohor di lembar sejarah.
dengan kanta ilmumu
kau ragui masa hadapan
tetapi setia bergayut pada
kesilapan semalam.
di balik timbunan buku
dan gurumu yang satu
taksubmu melimpah
bagai serbuk kopi
meleleh di gelas.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
20 januari 2013
dengan hujah melimpah
lagak bagai ahli falsafah
tersohor di lembar sejarah.
dengan kanta ilmumu
kau ragui masa hadapan
tetapi setia bergayut pada
kesilapan semalam.
di balik timbunan buku
dan gurumu yang satu
taksubmu melimpah
bagai serbuk kopi
meleleh di gelas.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
20 januari 2013
19 Februari 2013
hanya matanya
dia kini diasak
hingga ke dinding
tersandar tanpa suara
hanya matanya
yang beraksi
memanjat dinding
merayap di siling
tapi yang ditemui
hanya sekawan cicak
rakus melahap
serangga.
matanya terus beraksi
terjun dari siling
dan terhempas di lantai.
dia meraba-raba jasadnya
bisik hatinya
"lega tubuhku masih
belum
berkecai"
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
190213
hingga ke dinding
tersandar tanpa suara
hanya matanya
yang beraksi
memanjat dinding
merayap di siling
tapi yang ditemui
hanya sekawan cicak
rakus melahap
serangga.
matanya terus beraksi
terjun dari siling
dan terhempas di lantai.
dia meraba-raba jasadnya
bisik hatinya
"lega tubuhku masih
belum
berkecai"
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
190213
17 Februari 2013
waktu, menjadi saksi
restoran dan warung semakin riuh
senyum pemilik turun ke telinga
semuanya kembali ke asal
berlonggok membentang janji
untuk dibeli dan ditawar harga.
gelas dan piring membusut
asap berlegar mencari peluang
dari puntung berganti puntung
dari bibir terjun ke hidung
atau lemas di jantung.
kopi yang diteguk dan
teh yang dihirup
menjadi saksi betapa
permainan sudahpun bermula
meski wisel belum ditiup.
semuanya kembali ke asal
dari rumput turun ke rumput
tak ke mana helang melangit
tak ke mana seluang melaut
waktu tak mungkin berundur
bagai embun naik ke langit.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
170213
senyum pemilik turun ke telinga
semuanya kembali ke asal
berlonggok membentang janji
untuk dibeli dan ditawar harga.
gelas dan piring membusut
asap berlegar mencari peluang
dari puntung berganti puntung
dari bibir terjun ke hidung
atau lemas di jantung.
kopi yang diteguk dan
teh yang dihirup
menjadi saksi betapa
permainan sudahpun bermula
meski wisel belum ditiup.
semuanya kembali ke asal
dari rumput turun ke rumput
tak ke mana helang melangit
tak ke mana seluang melaut
waktu tak mungkin berundur
bagai embun naik ke langit.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
170213
lelah bertukar ribut
pentas kembali gelap
pulau sejemput tersenyum sinis
ada kata yang tak bersahut
ada hajat yang tak bersambut
ada niat yang tak sempat disebut.
hidup tak semuanya manis
ringgit mampu memborong semua
kecuali yakin di dada.
sesekali rasakan kecewanya
hidup seorang pengemis
apabila tangan yang ditadah
tidak diendah.
pentas kembali gelap
pulau sejemput tersenyum manis
ada kata yang tak bersahut
ada hajat tak bersambut
ada niat yang tak sempat disebut.
di kamarnya nanti malam
ada lelah yang bertukar ribut.
.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
17 februari 2013
pulau sejemput tersenyum sinis
ada kata yang tak bersahut
ada hajat yang tak bersambut
ada niat yang tak sempat disebut.
hidup tak semuanya manis
ringgit mampu memborong semua
kecuali yakin di dada.
sesekali rasakan kecewanya
hidup seorang pengemis
apabila tangan yang ditadah
tidak diendah.
pentas kembali gelap
pulau sejemput tersenyum manis
ada kata yang tak bersahut
ada hajat tak bersambut
ada niat yang tak sempat disebut.
di kamarnya nanti malam
ada lelah yang bertukar ribut.
.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
17 februari 2013
14 Februari 2013
tak semanis pulaumu
bahasa resah seorang tua
berlegar hangat
dalam dunia tanpa wayar
dan segala seranah sumpahmu
berputar ligat tanpa batas
juga sempadan.
kauhamun tetamu kerana
katamu terlupa mengetuk pintu
tapi kau juga tuan rumah yang pelupa
kerana bahasa di bibirmu
tak semanis senyum kemaafan
milik tetamu.
sahrunizam abdul talib
bera,pahang
14 februari 2013
berlegar hangat
dalam dunia tanpa wayar
dan segala seranah sumpahmu
berputar ligat tanpa batas
juga sempadan.
kauhamun tetamu kerana
katamu terlupa mengetuk pintu
tapi kau juga tuan rumah yang pelupa
kerana bahasa di bibirmu
tak semanis senyum kemaafan
milik tetamu.
sahrunizam abdul talib
bera,pahang
14 februari 2013
teruskan berduka gebku
silakan gebku
teruskan berduka
kerana semua pintu
gembira telah tertutup
buat kita.
tetapi biarkanlah
tingkap dan pintu duka
terbuka gebku
agar semuaderita
itu berlonggok
di rumah kita.
tutup mulutmu
seperti mereka
menutup mata dan
telinga mereka
padamu.
suaramu nanti
akan perlahan-lahan
ditelan ratapan anak
anak yang menyesali
nasib sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
140213
teruskan berduka
kerana semua pintu
gembira telah tertutup
buat kita.
tetapi biarkanlah
tingkap dan pintu duka
terbuka gebku
agar semuaderita
itu berlonggok
di rumah kita.
tutup mulutmu
seperti mereka
menutup mata dan
telinga mereka
padamu.
suaramu nanti
akan perlahan-lahan
ditelan ratapan anak
anak yang menyesali
nasib sendiri.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
140213
katakan ya kepada tidak
setelah tiga tidak gagal kaujinakkan
maka kau harus kembali bertapa
di gua diri mencari kembali masa
silam yang telah kaupersiakan.
elok juga sesekali kaukatakan ya
kepada tidak setelah sekian lama
mereka menghadiahi kau dengan
ya tetapi kau jarang menghargainya.
sekiranya berkata ya bukannya paksaan
jadi kaujuga tak boleh memaksakan
ya kepada tidak untuk hanya memuaskan
nafsumu yang sekejap tegang dan sekejap
kendur.
setelah sekian lama mereka menyerahkan
ya kepada engkau malangnya engkau masih
gagal membaca fikiran dan kemahuan mereka
hari ini mereka kembali menjadi diri mereka
sendiri setelah berpuluh musim mereka menjadi
mereka di dalam kepungan engkau.
katakanlah ya kepada tidak kerana itu lebih
bererti daripada engkau mengatakan
tidak kepada ya.
sahrunizam abdul talib
bera,pahang
140213
maka kau harus kembali bertapa
di gua diri mencari kembali masa
silam yang telah kaupersiakan.
elok juga sesekali kaukatakan ya
kepada tidak setelah sekian lama
mereka menghadiahi kau dengan
ya tetapi kau jarang menghargainya.
sekiranya berkata ya bukannya paksaan
jadi kaujuga tak boleh memaksakan
ya kepada tidak untuk hanya memuaskan
nafsumu yang sekejap tegang dan sekejap
kendur.
setelah sekian lama mereka menyerahkan
ya kepada engkau malangnya engkau masih
gagal membaca fikiran dan kemahuan mereka
hari ini mereka kembali menjadi diri mereka
sendiri setelah berpuluh musim mereka menjadi
mereka di dalam kepungan engkau.
katakanlah ya kepada tidak kerana itu lebih
bererti daripada engkau mengatakan
tidak kepada ya.
sahrunizam abdul talib
bera,pahang
140213
masihkah kau berzapin gadisku?
ketika yang lain
masih asyik berzapin
dan mabuk di atas kuda kepang
dia gadis baru pulang dari menara
meredah kepungan tangan bangsa
yang masih disihir lagu setia
keluar mengheret jasadnya
memilih jalan sendiri
mempertahan masa silam
demi mencipta masa depan.
dia sedar di hadapannya
cabaran tak semudah teori
di bilik-bilik kuliah
di jalan itu nanti dia kerap keseorangan
ketika bangsanya masih asyik berzapin,
mabuk di atas kuda kepang dan bibir
masih rancak melagukan setia.
dia tak mampu lagi untuk berhenti
dengan langkah seorang srikandi
dia akan terus berjalan dan berjalan
dengan kakinya sendiri.
masihkah kau berzapin gadisku?
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
14 februari 2013
masih asyik berzapin
dan mabuk di atas kuda kepang
dia gadis baru pulang dari menara
meredah kepungan tangan bangsa
yang masih disihir lagu setia
keluar mengheret jasadnya
memilih jalan sendiri
mempertahan masa silam
demi mencipta masa depan.
dia sedar di hadapannya
cabaran tak semudah teori
di bilik-bilik kuliah
di jalan itu nanti dia kerap keseorangan
ketika bangsanya masih asyik berzapin,
mabuk di atas kuda kepang dan bibir
masih rancak melagukan setia.
dia tak mampu lagi untuk berhenti
dengan langkah seorang srikandi
dia akan terus berjalan dan berjalan
dengan kakinya sendiri.
masihkah kau berzapin gadisku?
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
14 februari 2013
yang masih mengerang
tanah sejemput di selatan
mengerang kesakitan
di antara bersimpang pilihan
dia terpilih menerima hukuman
menjadi korban sebuah perubahan.
dia terus mengerang kesakitan
antara manis kenangan dan
kelat masa hadapan
dia memilih untuk menerima
dengan seluruh terpaksa yang bersisa.
meskipun pedih dan sedih
zaman sering mengajarnya
betapa marhaen sering kehilangan suara
kerana sekali tersilap memberi
padahnya seumur hayat dirasai.
tanpa diduga sekejap lagi
akan musnah segalanya
kenangan beratus tahun dan
segala monumen tercinta
akan kabur dari ingatan.
sayang, yang masih mengerang
hanya sedikit sedang yang
lain masih bernyanyi sayonara
sambil bertepuk tangan.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
14 februari 2013
mengerang kesakitan
di antara bersimpang pilihan
dia terpilih menerima hukuman
menjadi korban sebuah perubahan.
dia terus mengerang kesakitan
antara manis kenangan dan
kelat masa hadapan
dia memilih untuk menerima
dengan seluruh terpaksa yang bersisa.
meskipun pedih dan sedih
zaman sering mengajarnya
betapa marhaen sering kehilangan suara
kerana sekali tersilap memberi
padahnya seumur hayat dirasai.
tanpa diduga sekejap lagi
akan musnah segalanya
kenangan beratus tahun dan
segala monumen tercinta
akan kabur dari ingatan.
sayang, yang masih mengerang
hanya sedikit sedang yang
lain masih bernyanyi sayonara
sambil bertepuk tangan.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
14 februari 2013
13 Februari 2013
aku membacamu tanpa jemu
semalam aku memasuki lembarmu
perlahan-lahan aku membaca
pelayaran jauhmu.
dari sebuah perahu kecil
teroleng-oleng di tengah laut
puas diduga ombak dan diterpa ribut
kini kau puas di sebuah bahtera.
laut tanpa sempadan
sering mencabarmu untuk
terus berkayuh dan berkayuh.
dan, kau kini telah tiba
di pulau yang kerap
menjadi igauan ramai
tetapi hanya sedikit yang
berjaya menjejaknya.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130313
perlahan-lahan aku membaca
pelayaran jauhmu.
dari sebuah perahu kecil
teroleng-oleng di tengah laut
puas diduga ombak dan diterpa ribut
kini kau puas di sebuah bahtera.
laut tanpa sempadan
sering mencabarmu untuk
terus berkayuh dan berkayuh.
dan, kau kini telah tiba
di pulau yang kerap
menjadi igauan ramai
tetapi hanya sedikit yang
berjaya menjejaknya.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130313
meminjam pagi
berbekal tompok dosa
oh! tuhan izinkan aku
meminjam pagiMu
untuk kuhirup
sepuas-puasnya
anugerahMu yang
masih berbaki
untukku.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130213
oh! tuhan izinkan aku
meminjam pagiMu
untuk kuhirup
sepuas-puasnya
anugerahMu yang
masih berbaki
untukku.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130213
engkau masih serupa
engkau masih di sana
mengulang kata-kata lusuh
dan meminjam telinga kami
dalam riuh tepuk yang panjang.
di belakangmu ada beban
yang tersangkut di sepanjang
lorong usia menirus.
sihat yang kaupinjam dariNya
tak pernah kausyukuri.
engkau masih serupa.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130213
mengulang kata-kata lusuh
dan meminjam telinga kami
dalam riuh tepuk yang panjang.
di belakangmu ada beban
yang tersangkut di sepanjang
lorong usia menirus.
sihat yang kaupinjam dariNya
tak pernah kausyukuri.
engkau masih serupa.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
130213
nota kecil buatmu
di hadapanmu laut menganga
tempik ribut dan terjah ombak
buih-buih letih tersangkut
di kaki pantai dan sampah-sarap
bagai setinggan di pinggir bandar.
dalam laut tak perlu diduga
ribut dan ombak bukan kawanmu
usah memandang remeh pada buih
juga sampah-sarap yang
berselerak sepanjang pantai.
benar, laut barangkali bahasa
kehidupanmu
telah kauhafal segala permainannya
dan kauingat segala lenggoknya.
namun laut sentiasa mengintai
sedikit alpa yang menerpa
akan menghukummu.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
13 februari 2013
tempik ribut dan terjah ombak
buih-buih letih tersangkut
di kaki pantai dan sampah-sarap
bagai setinggan di pinggir bandar.
dalam laut tak perlu diduga
ribut dan ombak bukan kawanmu
usah memandang remeh pada buih
juga sampah-sarap yang
berselerak sepanjang pantai.
benar, laut barangkali bahasa
kehidupanmu
telah kauhafal segala permainannya
dan kauingat segala lenggoknya.
namun laut sentiasa mengintai
sedikit alpa yang menerpa
akan menghukummu.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
13 februari 2013
12 Februari 2013
di hadapan kerdip kamera
sekian lama kaubiarkan pohon-pohon itu hampir menemui ajalnya. kaubiarkan dan biarkan. kau lupa pohon-pohon itu sering kehausan. kau lupa pohon-pohon itu sering kebuluran. tanpa air. tanpa baja dan tanpa kasih sayang.
sesudah sekian lama, kaudatang kembali untuk bersama-sama pohon itu. dengan penuh rendah hati kau dirikan khemah di antara pohon-pohon itu. kau bermalam untuk bersama-sama pohon-pohon itu. di tanganmu air dan baja. dengan bibir yang tak pernah berhenti tersenyum, kausiram air dan tabur baja di hadapan kerdip kamera.
sahrunizam abdul talib,
bera,
pahang
12 februari 2013
sesudah sekian lama, kaudatang kembali untuk bersama-sama pohon itu. dengan penuh rendah hati kau dirikan khemah di antara pohon-pohon itu. kau bermalam untuk bersama-sama pohon-pohon itu. di tanganmu air dan baja. dengan bibir yang tak pernah berhenti tersenyum, kausiram air dan tabur baja di hadapan kerdip kamera.
sahrunizam abdul talib,
bera,
pahang
12 februari 2013
satu soalan
tubuhmu yang renta
terbongkok-bongkok
memikul beban sejarah
atau apakah dosa
yang sedang kaukandar?
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
12 februari 2013
terbongkok-bongkok
memikul beban sejarah
atau apakah dosa
yang sedang kaukandar?
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
12 februari 2013
11 Februari 2013
cerita sebuah nama
untuk apa sebuah nama
yang kerap dipuja
atau dibangga
hingga kita saling
mengasah keris tumpul
untuk melekatkan
karatnya di dada
masing-masing?
kata sahabatku
di petak sempit itu
benar.
selain sebuah nama
yang kerap bertenggek
di atas kertas putih
maka aku tak punya
apa-apa untuk dibangga
pada sebuah nama
yang semakin terhakis
benarnya.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
11 februari 2013
yang kerap dipuja
atau dibangga
hingga kita saling
mengasah keris tumpul
untuk melekatkan
karatnya di dada
masing-masing?
kata sahabatku
di petak sempit itu
benar.
selain sebuah nama
yang kerap bertenggek
di atas kertas putih
maka aku tak punya
apa-apa untuk dibangga
pada sebuah nama
yang semakin terhakis
benarnya.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
11 februari 2013
10 Februari 2013
setiap kali menaiki tangga
lutut dan kaki
serentak menjerit
engkau sudah
jauh diseret usia.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
10 februari 2013
serentak menjerit
engkau sudah
jauh diseret usia.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
10 februari 2013
09 Februari 2013
larut dalam usia
antara diam dan menikam
kau kembali mengasah
bibir berkarat
demi baki hayat
yang kian singkat.
masa lampau
mengajarmu membaca
masa hadapan
yang menghendap
di balik aksara.
antara dosa dan jasa
kau larut dalam
usia yang melurut
sesekali kau pinjam
masa lalu
untuk terus berdiri.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
09 februari 2013
kau kembali mengasah
bibir berkarat
demi baki hayat
yang kian singkat.
masa lampau
mengajarmu membaca
masa hadapan
yang menghendap
di balik aksara.
antara dosa dan jasa
kau larut dalam
usia yang melurut
sesekali kau pinjam
masa lalu
untuk terus berdiri.
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
09 februari 2013
waktu yang beralun
selain sepasang bibir
dan ringgit yang
beranak-pinak
di kantung peribadi
kau tidak lagi
punya apa-apa
selain waktu
yang beralun
menyongsang baki
usia.
semuanya tidak
lagi memihak padamu
kecuali ketakutan
yang hinggap
dan semakin ligat
menggoncang jasad
rentamu.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
9 februari 2013
dan ringgit yang
beranak-pinak
di kantung peribadi
kau tidak lagi
punya apa-apa
selain waktu
yang beralun
menyongsang baki
usia.
semuanya tidak
lagi memihak padamu
kecuali ketakutan
yang hinggap
dan semakin ligat
menggoncang jasad
rentamu.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
9 februari 2013
kau tergesa di tangga
mendung tiba
kau tergesa di tangga
mencurah segala
di tempayan itu
seperti esok
tidak akan kembali
kepadamu atau
kaki engkaukah yang
tidak lagi
berharap untuk
pulang mencium
tangga?
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
09 februari 2013
kau tergesa di tangga
mencurah segala
di tempayan itu
seperti esok
tidak akan kembali
kepadamu atau
kaki engkaukah yang
tidak lagi
berharap untuk
pulang mencium
tangga?
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
09 februari 2013
06 Februari 2013
pengocak zaman
wajah lusuhmu
dijajah zaman
seperti mahu
kembali bergayut
di dahan silam.
kau bukannya jahil
ranting yang
sedang kautenggek
semakin tua
dan mereput.
mimpi masa depan
benar-benar
menggoncang
ranjangmu
tadi malam.
di tengah malam
kau kembali
mencari mulutmu
yang lama bersembunyi
di bawah bantal
untuk kau terus
mengocak di lain zaman.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
6 februari 2013
dijajah zaman
seperti mahu
kembali bergayut
di dahan silam.
kau bukannya jahil
ranting yang
sedang kautenggek
semakin tua
dan mereput.
mimpi masa depan
benar-benar
menggoncang
ranjangmu
tadi malam.
di tengah malam
kau kembali
mencari mulutmu
yang lama bersembunyi
di bawah bantal
untuk kau terus
mengocak di lain zaman.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
6 februari 2013
diammu bukannya emas
diam kata cendekia
itu emas.
tapi, diammu
bukan lagi emas
tapi rimas.
tak selamanya
engkau harus
menyimpan
mulut.
atau,
sudikah engkau
digelar pengecut?
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
06 februari 2013
memilih pulau
di antara dua pulau
kau mesti memilih
satu
laut dan gelombang
tak selamanya
menjanjikan
bahagia buatmu.
kakimu belum
cukup kuat
untuk terus
mengangkang
seperti sekarang.
kau harus
tegap berdiri
di sebuah pulau
yang kauyakini.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
06 februari 2013
kau mesti memilih
satu
laut dan gelombang
tak selamanya
menjanjikan
bahagia buatmu.
kakimu belum
cukup kuat
untuk terus
mengangkang
seperti sekarang.
kau harus
tegap berdiri
di sebuah pulau
yang kauyakini.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
06 februari 2013
03 Februari 2013
membuka bimbang
dia kembali membuka
bungkusan silam
dan melonggokan
kejahilannya
di hadapan khalayak
yang sekejap singgah
dan sekejap berlalu.
berbekal wajah silam
dia juga membuka
bungkus kebimbangan
yang sekian lama
beranak-pinak
di kepalanya.
meskipun tanpa
diacah dia semakin
kerap mempamer
tingkah gelabah.
sahrunizam abdul talib
bera
03 februari 2013
bungkusan silam
dan melonggokan
kejahilannya
di hadapan khalayak
yang sekejap singgah
dan sekejap berlalu.
berbekal wajah silam
dia juga membuka
bungkus kebimbangan
yang sekian lama
beranak-pinak
di kepalanya.
meskipun tanpa
diacah dia semakin
kerap mempamer
tingkah gelabah.
sahrunizam abdul talib
bera
03 februari 2013
02 Februari 2013
jinak simerpati
dia muncul tanpa diajak
dan aku tak suka mendesak
untuk dia beranjak.
sengaja kubiarkan sesekali
janggal intonasi
menggetarkan gegendang
telinga.
di tangannya sekampit
gandum
untuk jinak simerpati.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
2 februari 2013
dan aku tak suka mendesak
untuk dia beranjak.
sengaja kubiarkan sesekali
janggal intonasi
menggetarkan gegendang
telinga.
di tangannya sekampit
gandum
untuk jinak simerpati.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
2 februari 2013
membuka pagi
matahari masih di ranjang
dan belumpun menggeliat
di sana menunggu petak
kosong yang harus kuisi
dengan jawapan dari
jujur kata hati.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
2 februari 2013
dan belumpun menggeliat
di sana menunggu petak
kosong yang harus kuisi
dengan jawapan dari
jujur kata hati.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang
2 februari 2013
20 Januari 2013
usia
usia bagai sebatang sungai
menghilir
arusnya sesekali laju
sesekali lesu
tak mungkin arusnya
mudik
menyonsang kejadian.
sahrunizam abdul talib
20 januari 2013
menghilir
arusnya sesekali laju
sesekali lesu
tak mungkin arusnya
mudik
menyonsang kejadian.
sahrunizam abdul talib
20 januari 2013
menanti subuh
dingin menusuk tubuhku
angin pagi menjengah ruang
sejemput
semalam gugur
di kaki takwim
suara muazzin belum tiba
aku terus menanti
sahrunizam abdul talib
20 januari 2013
angin pagi menjengah ruang
sejemput
semalam gugur
di kaki takwim
suara muazzin belum tiba
aku terus menanti
sahrunizam abdul talib
20 januari 2013
19 Januari 2013
di ruang baharu
seperti lazimnya
aku tetap di posisi ini
menangkap segala lintasan
dan segera kubenamkan
di antara kata
dan kita.
19 januari 2013
aku tetap di posisi ini
menangkap segala lintasan
dan segera kubenamkan
di antara kata
dan kita.
19 januari 2013
kulepaskan engkau anakku
kulepaskan engkau ke laut lepas
tanpa kau bebas
dan di sana engkau harus cepat
membenamkan segala rindu
untuk belajar menjadi lelaki
dewasa.
19 januari 2013
tanpa kau bebas
dan di sana engkau harus cepat
membenamkan segala rindu
untuk belajar menjadi lelaki
dewasa.
19 januari 2013
05 Januari 2013
2013
telah tiba jua
di lembar takwim
tiga ratus enam puluh.
dua ribu tiga belas.
telah gugur empat
saat dan hayat
kian singkat.
sahrunizam abdul talib
lima. januari. tiga belas
Langgan:
Catatan (Atom)