24 Disember 2013

dunia memang begitu

cukuplah merintih
kerana rintihan hanya
membuatkan kau cepat letih.

hidup sememangnya keras
untuk mereka yang malas,
tetapi pentas untuk sipemeras.

benarlah kuman di seberang
juga dipandang orang.

kudrat yang tumpah
dan semangat melimpah
tak mungkin kering
andai kau tidak mengalah.

dunia memang begitu.

seorang penyeluk kantung negara
lebih mulia daripada
seorang penjual air tebu.

sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
24 disember 2013


Tiada ulasan: