02 Disember 2013

kubuka langsir, kujenguk wajah pagi

kubuka langsir, kujenguk wajah pagi
burung-burung entah berkicau di ranting mana
alam benar diam andai tanpa hujan
suara hujan sesekali tertiarap di bumbung
sesekali bisik-berbisik,sesekali raung-meraung
saling bertindih menumpahkan warna tengkujuh.

sahrunizam abdul talib
bera
02-disember-2013

Tiada ulasan: