Minggu ini Jakarta digegar bom. Anak sulung saya yang baharu kali pertama ingin ke Jakarta bersama beberapa orang rakannya telah dinasihatkan untuk menangguhkan wisata ke kota metropolitan itu oleh pihak agensi pelancongan.
Saya telah menjejakkan kaki sebanyak empat kali ke ibu kota Indonesia itu. Andai diberikan peluang saya tidak pernah berasa jemu untuk berkunjung lagi ke Jakarta, walaupun kesibukan lalu lintasnya menyebabkan tekanan darah kita mudah sekali melonjak.
Jakarta, kota sejuta cerita. Ragam warganya, lalu lintas yang sendat, jerit hon yang serba gamat, bajaj dan angkut kota saling berebut penumpang benar-benar menambah pesona. Saya terlalu merindui kota berpuluh juta penduduk itu. Jika ada kesempatan saya mahu ke sana lagi.
Jalan Kwitang yang dipenuhi penjaja buku, Taman Ismail Marzuki tempat anak-anak seni memperaga bakat, Tanah Abang yang tidak pernah diam walau sebentar, Masjid Istiqlal yang sentiasa menggamit kehadiran, hidangan masakan padang penuh semeja semuanya menerbitkan kerinduan.
Mengapa Jakarta yang dipilih selepas Perancis. Kasihan anak sulung saya. Kembara pertamanya ke kota Jakarta, kota sejuta cerita, kota berjuta warga tergendala sementara. Saya benar-benar teringatkan Jalan Kwitang, syurga buku-buku terpakai sebelum digusur pemerintah. Oh, Jakarta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan