yang tiba di stesen ini
sebuah demi sebuah
gerabak tanda tanya
sedang kita kian letih
menanti ketibaan jawapan.
masih terkenang dabik di dada
sopan santun hias peribadi
budi bahasa pakaian diri
kini segalanya menjadi halimunan.
di tengah peristiwa
segalanya menakutkan
bukannya kerana seramnya hantu
tetapi kerana liciknya penipu.
8 mei 2011
1 ulasan:
ya, di sebaliknya terperanjat apabila sesekali menemui insan yang bersih hati..
Catat Ulasan