27 Ogos 2011

sebuah pusara bernama puduraya

lima hari sebelum ulang tahun merdeka
empat hari sebelum idilfitri
dia yang masih dijajah akalnya
menguburkan pudu raya
di tengah hiruk-pikuk kemodenan.

satu lagi nama melayu yang indah
dan kaya sejarah
berkubur oleh tohor akal
seorang manusia melayu
yang berjuang kononnya untuk melayu.

pudu raya telah berubah wajah
aminah juga mesti ditukar kepada amy
jeliah juga mesti ditukar kepada jely
katanya nama melayu tidak moden
nama melayu berimej kampung.

puduraya telah menjadi sebuah pusara
enam hari sebelum ulang tahun merdeka
dan lima hari sebelum idilfitri, hari raya.


sahrunizam abdul talib
27 ogos 2011

2 ulasan:

MARSLI N.O berkata...

Sdr Sahrunizam: Tahniah, atas sebuah sajak yang sangat mengilhamkan ini.

MARSLI N.O

sahrunizam abdul talib berkata...

Terima kasih sahabat kerana perhatian dan keprihatinan. Pak Pandir nampaknya semakin ramai di negeri kita.