katamu kau punya pegangan
ke kiri hanyalah licik kuasa
ke kanan juga hanyalah licik kuasa
sekejap kautoleh ke kiri dan kanan
kau gelengkan pada keduanya
kau akhirnya memilih titik tengah`
ketika dunia sekeliling
sudah berputar ligat
kau masih di penjuru itu
menghafal kata-kata lusuh
dengan akal yang tergari.
(Akhirnya seribu universiti
belum tentu dapat memerdekakan
akal kontotmu itu)
sahrunizam abdul talib,
bera, pahang
4 Ogos 2011
3 ulasan:
Nikmatnya akal bebas
Sahrul dan rakan-rakan, alamat baru ke blog kawe, nassuryibrahim.blogspot.com
Ok, insyallah saya linkkan nanti di blog saya. saya sudahpun ke sana
Catat Ulasan