permainan ini selalunya aneh
mereka bermain tanpa batas masa
dan sempadan ruang.
mereka pintar mengolah helah
dengan akal sejemput
dan nafsu melaut
mereka membiak
bagai ulat
di tengah
kudis derita insan lain.
segalanya peluang
meskipun sedikit ruang
sekali tangan menghulur
bibirnya berombak takbur.
di dalam selut
segalanya teratur menurut plot.
sahrunizam abdul talib,
bera, Pahang
10-11-10
1 ulasan:
Kerana politik mungkin boleh mengubah nasib
Islam, jika tidak ramai tidak mahu ikut.
Jika ada cara pantas yang lain, alangkah
bagusnya !
Catat Ulasan