kuyup bajumu di sayup pandangku
kau makin jauh diheret tangan nafsu
terlontar di tengah rimba kata
yang hijau pucuk menggoda hati
tapi selirat akar menduga kaki.
besar kata-kata bagai hujan batu
gugur satu demi satu dari langit
dan jeritnya di bumbung rumahku
di telingaku banjir hebat mengamuk
lumpurnya beraja di kalbumu.
saban musim sesat di hujung kata
kau masih setia di bangku percaya
lelap dalam tepuk gamat memuja
kerana bagimu hidup tak usah
meminta
cukuplah sekadar berkongsi percaya.
sahrunizam abdul talib
bera, pahang.
(mingguan malaysia, 31 oktober 2010)
4 ulasan:
Sdr, saya suka design yang begini. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang.
MARSLI N.O
Salam ziarah tuan,
Tahniah atas kelahiran puisi di Mingguan Malaysia semalam.
Sdr Marsli,
Terima kasih atas pandangan yang membina. Saya sukakan corak abstrak yang menjadi latar. Bukan hidup ini juga penuh dengan keabstrakannya.
Sdr Ibunu Ahmad,
Terima kasih. Moga sdr juga terus prolifik.
Catat Ulasan