24 Disember 2010

pasca kepulangan

bezanya tiada
kau hanya menambah
sepotong gelar
di pangkal nama.


sebentar tadi
kaumuntahkan segalanya
di hadapan kami
segala yang terperam
diperutmu kaulambakkan
di lantai
busuknya menikam rasa.

puas kucuba belajar
memahami
yang menerpa otakku
hanyalah sederet
tanda tanya.

sahrunizam abdul talib
bera, pahang.

1 ulasan:

Zawawi Aziz berkata...

mungkin kerana mencuba mengasingkan peratusan 'kata-katanya'
di antara campur dan tolak (mana yang lebih besar?)